Tuesday, January 31, 2012

Avril Lavigne - Wish You Were Here




I'm right here Avril... Don't cry anymore..Hehhehehehhehehe....

Sunday, January 22, 2012

Awie - Di penjara Janji


Hatiku digirisnya lagi
Kali ini lebih dalam dan pedih
Kerna aku sudah berjanji
Dia cinta ku yang terakhir

(3)
Sungguh tak pernah ku menduga
Dia akan mengulanginya semula
Namun untuk menodai cinta
Dan membiarkan aku sengsara

(1)
Dia tempat ku sandar
Angan ku pendamkan
Satu percintaan
Yang bisa ku jadikan
Tangga-tangga ku ke pintu syurga
Meleraikan rindu

(2)
Mengecap bahagia
Yang kerap dimadah
Insan yang murni
Yang dah rasakan cinta
yang aku mimpi

Ulang (1),(2),(3)

Wooo..


Saturday, January 21, 2012

Menyerlah..

Salam ceria semua..

Aku cukup minat tgk kereta-kereta yg diberi sentuhan oleh FAISOLFIBER.COM , marvellous dan berkeyakinan. Aku usha kereta saga la, nampak smart. Harga konfirm bukan yg murah-murah nya..Moh kita jenguk laman sesawang mereka..

http://faisolfiber.com/?cat=8

Tuesday, January 17, 2012

Kisah seram - Oit, tak keje ke hari ni?

"Oit, tak keje ke hari ni? " Itu ayat aku dgr pagi tadi. Aku tgk jam. Halamak, dah pukul 9!! Mcm mana ni? Ni bukan setakat bos je marah, makcik jual nasi lemak pun marah gara-gara kelewatan aku. Adoh, nak tak nak, aku kena pegi keje jugak. Banyak sangat keje kat pejabat tu. Huhu..

BERDESUP LAJU aku mencapai tuala dan peralatan mandi aku. Sepantas kilat aku membuka pili air sekuat-kuat hati. BUUUUSSSHHH!! Efek bagai cerita tamil, aku dengan kudrat yg ada terus mencebok air dan menjirus berkali-kali ke seluruh tubuh ku. Bllluuuuuurrrrrrrrr...SEJUK!

Sesudah mandi, aku melakukan persiapan diri serta bersolek ala kadar. Rambut ku yg tak berapa nak panjang ni aku kais pakai tangan ke belakang. Aku BELEK-BELEK cermin, melihatkan seorang lelaki macho di dalam cermin. Hensem jugak lelaki tu. Hehe..

Lantas aku mencapai kunci motor aku dan berlari bagai itik pulang petang. Menuruni tangga langkah demi langkah dengan berhati-hati. Tup, tap, tup, tap. Kedengaran bunyi kasut ku memecah kesunyian pagi. Sesampai aku di motor, aku membuka gari motor dan memanaskan enjin motor dengan secukup rasa. Sebelum bergerak, aku membelek-belek cermin sisi motor aku, kalau-kalau ada apa-apa yg menarik. Lelaki tu lagi. Tak habis-habis nak follow aku. Aduh..

Bagai seorang mat rempit yg berpengalaman selama 5 tahun, aku menyusuri jalan-jalan yg sesak dan padat. Mencelah dan menyempit sudah jadi darah daging aku sejak aku di bangku sekolah. Motor yg aku pandu laju itu bergegar bagai enjin nak luruh. Aku tak endahkan, yg penting aku selamat sampai ke destinasi yg dituju.

Selesai meletakkan motor di kawasan yg dibenarkan, aku lantas berjalan laju menuju ke pejabat. Aku punch kad, dan duduk di tempat aku seolah-olah tak ada apa-apa yg berlaku. Aku tekan punat ON komputer aku dan melakukan rutin harian aku. 

Matahari tegak di atas kepala, tetapi aku rasa SEJUK MENEGAKKAN BULU ROMA aku. Pelik betul pejabat ni. Rupa-rupanya baru aku tahu yg aku duduk dlm pjabat yg ada aircond. Akibat tak tahan sejuk, aku keluar untuk menyelesaikan kewajipan aku di surau. Lunch? Aku tak mampu nak lunch kerana di hujung-hujung bulan ni aku terlupa aku letak duit kat mana. Tepat setengah jam kemudian, aku masuk semula ke pejabat, menandakan waktu rehat telah pun habis.

Sedang aku leka dan asyik membuat keje, tiba-tiba hati aku menjadi resah dan gelisah. Semakin aku menghayati, semakin teruk resahnya. BERDERAU JANTUNG dan bulu-bulu roma. Entah kenapa, aku menjadi semakin teruja dan ternanti-nanti. Rupa-rupannya, sudah pukul 6pm. Aku ketawa TERBAHAK-BAHAK di dalam hati.

Dengan hati yg riang dan gembira, aku berjalan menuju ke motor di mana aku tinggalkannya BERSENDIRIAN. Kasihan sungguh motor aku. Dengan tidak mengecewakan motor aku, aku pun memulakan perjalanan pulang ke rumah. Perjalanan aku mengambil masa yg agak lama sebab jalan raya yg tak pernah putus-putus terima kunjungan daripada org yg tak dikenali. Ahh..Peduli apa dgn mereka..Bukan aku kenal dgn mereka...

Sesampai di rumah, aku terpaksa mengharungi sekali tangga-tanga kejayaan tu. Sungguh penat, tapi berbaloi. Aku menyalin pakaian yg bersesuaian dgn tema pada waktu itu. Aku TERKEJUT kerana melihat terdapat BEKAS MISTERI di dapur. Tak ku duga, sungguh misteri bekas tu. Puas aku belek dan meneliti setiap inci bekas tersebut. Kedengaran SUARA-SUARA HALUS menyuruh aku melakukan sesuatu. "Makan lah..Makan lah." Aku TERGAMAM dan TERKEDU mendengar suara tu. Baru aku sedar, bekas itu adalah bekas tupperware milik rakan serumah aku yg berisi lauk. Suara-suara halus itu suara kawan aku yg suruh aku menghabiskan lauk pauk yg ada berserta nasi.

Sudah lewat malam, namun mata masih belum mengantuk. Oleh itu, aku pun menaip blog sambil menyusuri laman web lain seperti facebook, youtube, dan sebagainya. Dan ini lah kisah hidupku untuk hari ini. Sekian, terima kasih kerana membaca.

Nota kaki : Maaf kalau korang menghabiskan 10 minit membaca cerita seram ni..Huhu..Niat hati nak berseronok..

Monday, January 16, 2012

Affiliate program

Assalamualaikum semua..

Aku baru terjebak dgn program affiliate anjuran entah sesapa entah. Katanya bole buat duit dgn survey. Tak ada kos pendaftaran dan tak ada modal. Just buat survey, dan dapat income. Betol ke?

Jujurnya aku tak percaya langsung. Tapi bila aku pikir balik, hidup ni hanya sekali. Kalau aku tak cuba, aku tak bole dapat experience. Mungkin kalau aku rasa tertipu dgn program mcm ni, bole aku citer kat org keburukan program-program mcm ni. Memberi informasi berguna mcm ni dah tentu membantu banyak rakan-rakan semua kan.

Jadi aku pun try la join. Hurm.. ni link aku..

http://Surveys-Faq.com?ref=2632429

Jadi, pada sesiapa yg berminat nak buat duit, bole lah join. Tapi jgn mengharap sgt dpt ribu-ribu. Hehehe..

Wasalam..

Sunday, January 15, 2012

ER6N Idaman

Guys..Gua berminat gile dgn motor ni. ER6N. Lu org kenal sama ini motor? Superbike, bro..Gua pernah post itu hari pasal motor ni. Berbulu betol la bila gua tgk mamat tu kerek je naik ER6N ni. Nasib baik gua jenis "dlm hati ada taman". Kalau betol-betol gua nak khianat dia, dah lama gua rembat motor tu. 

Image dari mudah.my. Ranggi gak colour ni.

Yg ni tahun 2010. Kemodenan menyerlah.

Yg latest, 2012 punya. Kuning terang benderang.

Tetapi apakan daya. Gua tak mampu nak beli sebijik. Gaji gua cukup-cukup makan je. Impian gua hanya tinggal impian. Jadi, apa yg special sgt dgn superbike ni? Well, looking on the engine capacity, it has 600cc. Bole la main kejar-kejar dgn polis. 

Other than that? Hurm, let see. Compare it's price with other brand and same engine capacity, the price quite affordable. Masa gua tulis sekarang ni [date: 15-1-2012], harganya RM33289.00. Mahal sikit dari kereta saga kebal gua. SATISFACTION tu penting. Bulan-bulan bayar pun kalau amik full loan dlm rm600 lebih. Ok kan? Kalau bayar downpayment tinggi sikit, kurang la sikit beban bulan-bulan.

Gua nak citer pasal spec pun, gua bukan reti sgt. Korang google je, confirm keluar. Gua pun google je. Sori bro..Huhuhu..Ok la. Gua nak logoff. Gua nak tido, mimpi kan motor idaman gua ni. Hopefully jadi kenyataan. Hahaha...Wasalam..

French Cotton

Assalamualaikum semua..

Hari ni aku nak promote something utk kaum-kaum hawa semua. Tak terkecuali gak kpd suami-suami dan bakal-bakal suami. Kawan aku sorg ni ada buat bisnes jual kain. Aku bkn expert bab kain-kain ni. Baju aku pun jenis rembat bapak aku nye (sbb aku lbih kurg saiz bapak aku..haha). Nak beli baju pun aku pikir 2,3 kali gak. Tapi apa-apa pun, bkn nak story pasal rentetan kisah hidup aku. Kita fokus kat member aku ni eh..

Member aku ni, aaron (bkn nama sebenar) tgh buat bisnes kain kecil-kecilan. Dengar dari cerita dia, kain tu dia amik dari luar Malaysia. Kain apa? Utk permulaan katanya dia jual FRENCH COTTON dan ENGLISH COTTON. Kualiti? Ok gak la. Harga? Berpatutan. Untuk starting, dia buat online je dulu sbb dia belum dpt tapak utk meniaga. Once dia dpt tempat sesuai, dia kata dia nak buka kedai. Jadi bos kpd company sendiri.

Ada gak baju kurung dan jubah. Baju kurung pahang yg bermanik di leher dan tangan.  Jubah lak KAIN CREPE.

Baju kurung pahang

Contoh kain yg menarik minat aku (cewah, mcm aku pandai lak pilih barang pompuan. Buat confident je..haha)

 Kain 1

Kain 2

Seriously, aku xtau apa-apa pasal kain. Aku igt kain ni suma sama je. Ni pun aku rembat dari facebook dia. Cuma aku nak tgk la member aku ni berjaya dlm perniagaan dia. Mungkin bakal-bakal suami tu, kalau nak beli hantaran yg mahal-mahal, agak keberatan. Jadi apa kata korg try beli kain mcm ni. Murah sikit. Boleh jimat dan saving kat kenduri kahwin kan? Pada suami-suami tu yg dah lama tak bagi hadiah kat isteri, try la beli kain ni. Boleh mengeratkan lagi hbgn anda. Semua tu memainkan peranan. Hehehe..

Yg lain-lain, korg kena rujuk dlm link yg aku bg sebelum ni iaitu ;


Untuk segala urusan pembelian dan pertanyaan, korg boleh contact kawan aku tu. No problem katanya. Sekian, terima kasih..


"9/10 Rezeki Dari Perniagaan"

InsyaAllah...

Thursday, January 12, 2012

mari mari mari...kain berjenama yg mampu milik..

Salam semua..Nak tgk kain2 yg cantik menusuk kalbu x? Jom la tgk..

https://www.facebook.com/TulusCollection

Hehehe...

Monday, January 9, 2012

The Last Of Mohicans

This is my favourite song that can boost up my determination, confidence, courage, belief and motivation. Red Indian song. The last of Mohicans. Who knows the song, please put up your hand, buddies.. Hahahaha..


Ungu - Percaya Padaku


Aku tak tahu apa yang ku rasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu, melihatmu
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Chorus:
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku
Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku

Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku

Repeat chorus

Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu

Repeat chorus

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
Hingga waktu menjemputku



Source:
1. http://liriklaguindonesia.net/ungu-percaya-padaku.htm#ixzz1itHnyjhV
2. http://heross-miey.blogspot.com/2011/03/ungu-photo-pic.html




Monday, January 2, 2012

Fynn Jamal - Biar Jiwa

Assalamualaikum..

Kenal FYNN JAMAL? Aku pun xkenal. Tapi karya-karya dia semua buat aku tersentuh di sanubari. Xcaya? Jom layan lagu dia..


FlashMob is A Fenomena

Assalamualaikum..

Apa tu FLASHMOB? Benda ni merupakan fenomena tahun 2009 (sebab aku buka youtube, byk yg uploaded tahun tu). Sekumpulan manusia yg mula-mula berlagak seperti biasa, dan bila musik di mainkan, , diorg berjoget dan menari seorg demi seorg. Tujuan flashmob ni ada byk, ada yg sesuka je nk buat, ada yg buat sbb pengiklanan, politik, protes dan lain lain lg lah. Tempat : xkesah. Janji bole mainkan musik, dan menari.

The first flashmob occurs on 2003 in Manhanttan but it was unsuccesful. The second attempt made by Bill Wasik located at Macy's department store. For more info, view wikipedia [http://en.wikipedia.org/wiki/Flash_mob]

Teruja gak aku tgk diorg menari-nari neh. Bayangkan kita tgh seronok bershopping, tetiba ada geng-geng yg menari menghiburkan kita. Surprise! Haha..Menari kan menjadi kegemaran semua kat Malaysia ni sampai ada rancangan MARI MENARI kat astro. Kan? Kan?

Bagi pendapat aku, why not one of the company mcm McD ke, F.O.S ke, yg buat pengiklanan mcm ni. Mesti dpt tarik pelanggan. Cthnya, company ada produk baru nak jual. Cara mudah buat iklan je kat TV. Tapi kdg2 perlu gak interaction dgn customer diluar kotak TV. Kan? So, apa diorg kena buat? Diorg letak 1 stall kat 1 tempat mcm Berjaya Times Square. Tmpat tu kan besar. Upah geng-geng flashmob ni buat show kat situ. Lagu : terpulang pada kretiviti diorg la. Dah nama pun iklan diorg. Huhu..Masing-masing dpt buat duit. Yg penting, MESTI SURPRISE! Bkn nampak mcm di rancang...

Itu hanya pendapat aku. Xpernah lagi aku jumpa pengiklanan camtu. Even xdpt tarik pelanggan semua, at least diorg da tau ada produk baru yg company tgh nak promosikan. Bg org mcm aku yg xtgk TV sgt, benda-benda camni mungkin menarik minat aku. Hehehe...

Apa-apa pun, ni pendapat aku. Benda ni semua tertakluk pd marketing diorg. Jom kita layan beberapa FLASHMOB kat you tube. Huhu..



Flashmob kat Singapore

Ni kat Colorado State University


Ni kat Mid Valley. Hahaha...

Ni yg terbaik bg aku.. Kat KL sentral..