"Oit, tak keje ke hari ni? " Itu ayat aku dgr pagi tadi. Aku tgk jam. Halamak, dah pukul 9!! Mcm mana ni? Ni bukan setakat bos je marah, makcik jual nasi lemak pun marah gara-gara kelewatan aku. Adoh, nak tak nak, aku kena pegi keje jugak. Banyak sangat keje kat pejabat tu. Huhu..
BERDESUP LAJU aku mencapai tuala dan peralatan mandi aku. Sepantas kilat aku membuka pili air sekuat-kuat hati. BUUUUSSSHHH!! Efek bagai cerita tamil, aku dengan kudrat yg ada terus mencebok air dan menjirus berkali-kali ke seluruh tubuh ku. Bllluuuuuurrrrrrrrr...SEJUK!
Sesudah mandi, aku melakukan persiapan diri serta bersolek ala kadar. Rambut ku yg tak berapa nak panjang ni aku kais pakai tangan ke belakang. Aku BELEK-BELEK cermin, melihatkan seorang lelaki macho di dalam cermin. Hensem jugak lelaki tu. Hehe..
Lantas aku mencapai kunci motor aku dan berlari bagai itik pulang petang. Menuruni tangga langkah demi langkah dengan berhati-hati. Tup, tap, tup, tap. Kedengaran bunyi kasut ku memecah kesunyian pagi. Sesampai aku di motor, aku membuka gari motor dan memanaskan enjin motor dengan secukup rasa. Sebelum bergerak, aku membelek-belek cermin sisi motor aku, kalau-kalau ada apa-apa yg menarik. Lelaki tu lagi. Tak habis-habis nak follow aku. Aduh..
Bagai seorang mat rempit yg berpengalaman selama 5 tahun, aku menyusuri jalan-jalan yg sesak dan padat. Mencelah dan menyempit sudah jadi darah daging aku sejak aku di bangku sekolah. Motor yg aku pandu laju itu bergegar bagai enjin nak luruh. Aku tak endahkan, yg penting aku selamat sampai ke destinasi yg dituju.
Selesai meletakkan motor di kawasan yg dibenarkan, aku lantas berjalan laju menuju ke pejabat. Aku punch kad, dan duduk di tempat aku seolah-olah tak ada apa-apa yg berlaku. Aku tekan punat ON komputer aku dan melakukan rutin harian aku.
Matahari tegak di atas kepala, tetapi aku rasa SEJUK MENEGAKKAN BULU ROMA aku. Pelik betul pejabat ni. Rupa-rupanya baru aku tahu yg aku duduk dlm pjabat yg ada aircond. Akibat tak tahan sejuk, aku keluar untuk menyelesaikan kewajipan aku di surau. Lunch? Aku tak mampu nak lunch kerana di hujung-hujung bulan ni aku terlupa aku letak duit kat mana. Tepat setengah jam kemudian, aku masuk semula ke pejabat, menandakan waktu rehat telah pun habis.
Sedang aku leka dan asyik membuat keje, tiba-tiba hati aku menjadi resah dan gelisah. Semakin aku menghayati, semakin teruk resahnya. BERDERAU JANTUNG dan bulu-bulu roma. Entah kenapa, aku menjadi semakin teruja dan ternanti-nanti. Rupa-rupannya, sudah pukul 6pm. Aku ketawa TERBAHAK-BAHAK di dalam hati.
Dengan hati yg riang dan gembira, aku berjalan menuju ke motor di mana aku tinggalkannya BERSENDIRIAN. Kasihan sungguh motor aku. Dengan tidak mengecewakan motor aku, aku pun memulakan perjalanan pulang ke rumah. Perjalanan aku mengambil masa yg agak lama sebab jalan raya yg tak pernah putus-putus terima kunjungan daripada org yg tak dikenali. Ahh..Peduli apa dgn mereka..Bukan aku kenal dgn mereka...
Sesampai di rumah, aku terpaksa mengharungi sekali tangga-tanga kejayaan tu. Sungguh penat, tapi berbaloi. Aku menyalin pakaian yg bersesuaian dgn tema pada waktu itu. Aku TERKEJUT kerana melihat terdapat BEKAS MISTERI di dapur. Tak ku duga, sungguh misteri bekas tu. Puas aku belek dan meneliti setiap inci bekas tersebut. Kedengaran SUARA-SUARA HALUS menyuruh aku melakukan sesuatu. "Makan lah..Makan lah." Aku TERGAMAM dan TERKEDU mendengar suara tu. Baru aku sedar, bekas itu adalah bekas tupperware milik rakan serumah aku yg berisi lauk. Suara-suara halus itu suara kawan aku yg suruh aku menghabiskan lauk pauk yg ada berserta nasi.
Sudah lewat malam, namun mata masih belum mengantuk. Oleh itu, aku pun menaip blog sambil menyusuri laman web lain seperti facebook, youtube, dan sebagainya. Dan ini lah kisah hidupku untuk hari ini. Sekian, terima kasih kerana membaca.
Nota kaki : Maaf kalau korang menghabiskan 10 minit membaca cerita seram ni..Huhu..Niat hati nak berseronok..
Cilaker! Seram sungguh! Terkentut aku membaca nya dengan penuh saspen.
ReplyDeleteHaha..aku da bole buat cerpen. klu jual, agak2 laku x? hehe...
ReplyDelete