Assalamualaikum..
Selamat pagi (4am ni..huhu) semua. Aku cuma nak tulis yg aku sekarang tengah belajar utk menghias blog. Jadi kemungkinan blog aku akan mengalami masalah teknikal seperti link expired dan sebagainya. Org baru nak belajar macam aku memang susah sikit nak paham benda2 teknologi macam ni. Benda baru kan, dan aku pun tak pandai macam blogger2 lain. Mungkin cara belajar aku salah, dan mungkin blogger2 kat luar sana bole mengajar aku yg tak tahu apa2 ni.. Bole??
Apa2 pun, aku sedang mencari pekerjaan a.k.a job hunter. Tu pun satu pekerjaan gak kan? Huhu..Bermacam2 interview aku pergi, tapi satu pun tak lekat. Mungkin belum nasib aku lagi. Atau mungkin aku tak layak untuk bekerja di syarikat diorg. Ye lah, aku ni fresh graduate. Tak ada experince. Mana lah syarikat2 yakin nak ambil aku bekerja. Mungkin juga aku kena start dari bawah. Bak kata pepatah, melentur buluh biar lah dari kecik supaya besar nanti lembut je, mudah nak lentur2. Huhu..
Jeles gak tengok kawan2 dah bekerja, dah kawin, dah dapat anak bagai. Ada yg dah beli kereta. MyVi baru tuuuu.. Jeles2.. Setiap org perlukan perubahan. Dan itu perubahan yg diorg alami sewaktu masuk alam pekerjaan. Mungkin masa aku belum sampai, atau tak sampai langsung. Entah ler. Aku berserah je pada Allah S.W.T. Dia maha mengetahui akan takdir aku di dunia ini. Harap dapat kerja secepat mungkin. InsyaAllah..
Menganggur ni membuatkan otak aku menjadi lembap dan tak berfungsi dengan baik. Aku seakan2 telah melupakan segala pembelajaran aku sejak dari sekolah sampai ijazah. Betul lah org ckp, otak ni klu tak latih tiap2 hari, boleh jadi lembap. The power of mind is beyond our expectation. Use wisely or prepare to have corrupted mind. Hahaha..
Aku dah mengarut lak pepagi ni. Oleh itu, sekian je lah coretan ikhlas aku. Di harap aku mampu berubah menjadi seorg yg ada improvement dan mampu berdaya saing di dalam dunia yg penuh pancaroba ini.
Wasalam dan selamat malam..(baru nak tidur ni...huhu)
0 ComMEnT:
Post a Comment