Assalamualaikum..
Hari ini aku nk kongsi dgn you all (ecece, tukar speaking skit..haha) berkenan filem yg aku baru tonton walhal filem tu dah pun ditayangkan sejak tahun 2009. Judul filem tersebut "INK". Tak menarik ke tajuk movie ni? Huhu..Perlu di ingatkan, ni bukan review movie, tapi lebih kpd pendapat peribadi. Lagipun mmg minat aku lebih ke arah cerita2 mcm ni.
Bagi aku, cerita ni best sgt. Baik dari segi efek of the graphic, muzik dan susunan penceritaan yg agak mengelirukan. Namun, tetap aku respect director filem ni. Bijak nya beliau mengadun kesemua elemen tersebut dalam satu filem. Sinopsis cite ni: makhluk misteri dikenali sbg INK menculik jiwa seorg kanak2 perempuan utk dijadikan sbg tawaran kpd INCUBI (supernatural beings) supaya beliau dpt diterima masuk ke dlm kelompok INCUBI. Golongan INCUBI ni bertanggungjawab menyebarkan mimpi buruk kepada manusia sewaktu diorg tidur. Kiranya mcm geng jahat la. Geng baik lak di ketuai oleh storyteller Liev, yg bertanggungjawab menyebarkan mimpi2 indah kat manusia2 ni. Cite bermula bila seorg lelaki ni (John) ayah kepada budak perempuan (Emma) yg mengecapi sukses dlm hidup dari segi pekerjaannya. Namun, John gagal dlm kehidupan sbg seorg ayah. Isteri John meninggal akibat kemalangan yg berpunca drpd John. John xdpt terima hakikat yg isterinya meninggal dan terlibat dlm dunia alkohol dan dadah sehingga mengabaikan anak perempuannya. Lalu atas perintah mahkamah, hak penjagaan anak diberikan kepada datuk dan nenek Emma. Satu hari, Emma koma sewaktu dlm tidurnya (pada waktu ini sebenarnya, INK telah menculik soul Emma). Jadi, geng2 baik ni kena bertungkus lumus mencari balik soul Emma ni (termasuk lah dapatkan bantuan dari seorg PATHFINDER (Jacob)) dan bawak balik ke dlm badan Emma supaya Emma boleh bangun dari koma dan terlepas dari kematian. Tapi diorg perlukan John utk berbuat demikian. Utk lebih lanjut mengenai synopsis cite ni buka link (http://www.imdb.com/title/tt1071804/) atau taip je kat google tu.
Maaf lah, aku tulis ni pun bukan nya betul sgt. Sbb cite dia agak berbelit. Kejap kat dunia realiti, kejap kat dunia mimpi. Aku pun xpasti. Apa tujuan INCUBI ni nak soul Emma pun aku xpasti. Yg pasti, aku tertarik dgn watak PATHFINDER (Jacob). Crazy but he knows what to do. He lost his sight, but God gives him the ability to hear the beat of the world.
Bagi aku, cite ni ada unsur harapan, sukses, kehilangan, kesakitan dan perasaan menyesal. Nmpk simple, tapi kalau rungkai satu per satu mungkin apa yg nak di sampaikan director akan menyerlah. Jadi, perlukan penghayatan utk memahami jalan cerita ni. Watak2 nya pun agak cute. Amatur tetapi ok lah. Bole dikatakan menjiwai watak.
Lagi satu, penghasilan watak jahat tu style beb. Mcm satu organisasi yg kukuh dan berkuasa. Pakai spek tapi mcm ada cermin kat muka diorg. Mcm mana tu? haha.. Nak tau kena lah tgk. Sbb aku pun xtau nak explain mcm mana.
Dan yg paling terbaik, muzik yg di gunapakai dlm filem ni mmg best. Kalau dgr, seolah2 mcm kita sdg menyusuri semula waktu muda kita, waktu lampau. Dan terbayang2 waktu masa depan kita. Perasaan yg tenang je bila aku dgr. Susah nak gambarkan. Hanya boleh dirasai. Huhu..
Ok lah. Last but not least, rating yg aku boleh bg 4.5 out of 5. Ni yg aku bayangkn, "music can change someone life". Kalau betul2 kita hayati musik tu, kemungkinan boleh merubah kita ke arah yg lebih baik dan berjaya dalam hidup. Jadikan pemangkin utk mencapai sesuatu yg lebih besar.
That's all for now. Terima kasih kerana sudi baca penulisan aku yg agak kelam kabut. Aku akan berusaha memperbaiki lagi. Wasalam..
0 ComMEnT:
Post a Comment