Saturday, December 18, 2010

gagal sekali, gagal selamanya...

Assalamualaikum semua..

Semalam (Jumaat 17/12/2010) adalah hari yg terpenting utk aku dan rakan2. Peperiksaan yg aku study bagai nak rak, tp aku telah menghampakan instructor kami dgn mendapat gagal dgn cemerlang. Sungguh sedih mengenangkan peperiksaan tu.
Seperti yg aku war2 kan sebelum ni, aku amik kursus SAP - ERP dlm 3p program. Kursus ni adalah kursus utk sijil professional yg bole membantu karier kita dlm alam pekerjaan. Dan bg aku, mmg sijil ni berguna sgt2 sehinggakan aku bersemangat utk study dgn tekun dan rajin. Walaubagaimanapun, serajin mana pun aku, aku xmampu nak lulus even dgn kelebihan 1 point. Huhuhu....
Terima kasih aku ucapkan kepada instructor kami yg bernama Cheng Pok Low, kerana bertungkus lumus mengajar kami dan memberi tips yg berguna dlm kehidupan kami. Kami akui sekarang yg kursus SAP ni mmg susah dan peratus utk lulus adalah sgt rendah. Terima kasih gak pada UiTM yg menaja perbelanjaan kursus kami yg mahal berbanding kursus2 lain. Mungkin salah aku gak sbb baca buku last minit. Sudah di pesan baca awal2, tapi aku buat main2. Padan muka aku...
Pada mula2 aku dgr kursus SAP ni, aku pelik gak la sbb utk nak amik kursus ni, kne ade RM38,000. Pergh!!! Apehal lak kursus ni mahal sgt. Setelah aku lalui suka duka dlm kursus ni baru aku tau pasal pe mahal sgt. Memang susah dan payah. Huhuhu...Ada sebab kursus ni mahal rupanya...Tapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Even nak amik retest dia pun kena bayar RM1800. Lepas makan aku selama 4 bulan kot..
Basically, SAP -ERP ni berkaitan business process dlm sesuatu perniagaan. Dan system SAP ni telah cover semua business process tersebut  dan dilengkapi sekali dgn proses reporting. Jadi amat berguna lah klu nak pakai dlm perniagaan kita. Dan yg buat aku terkilan sgt2, SAP system ni digunapakai di seluruh dunia (worldwide). Maknanya satu dunia memerlukan seseorang yg berkemahiran dlm SAP system ni. Jadi nak cari keje senang la, oversea pn bole pegi.
Daripada starting kita request barang, sampai lah ke invois dan proses pembayaran, dan semua proses jual beli antara customer, semua ada dlm SAP system ni. Praktikal nya, user hnya gunakan sistem ni berdasarkan business policy diorg. Kelebihan nya, memudahkan kerja user dan business' user dpt berjalan dgn lancar. Kelebihan lain, user dpt access SAP system ni secara online kerana SAP system provide WEB APPLICATION SERVER. Dan segala pengiraan utk mengira profit, work time worker, stock dan lain2 dilakukan oleh SAP system ni automatically. Jadi user xperlu kira sendiri atau record sendiri transaction yg berlaku dlm business activites diorg. (Korg phm ke ape yg aku tulis ni?? Maaf klu xphm, aku ikut pemahaman aku je...)
Kesimpulannya, SAP system ni teramat penting. Dan sebab itu lah, aku amik kursus ni. Huhu..Bak kata org, jgn dikenang benda yg lepas. Rezeki xde, kite kena tabah dan sabar. Pada sesiapa yg dpt buat kursus ni secara tanpa perlu membayar sesen pun, korg buat la btol2, jgn main2. This is the future and the opportunities yg patut di ambil. Grab the chances.
Aku bukan setakat belajar SAP je, aku belajar gak pasal kehidupan. Apa yg aku nampak, perbezaan antara seorang cina dan seorang melayu. Maaf aku ckp awal2, kebanyakkan melayu sebenarnya begitu selesa dgn kehidupan hari ni, sehinggakan kita terlupa yg mana satu penting dan yg mana satu yg xpenting. Sedangkan kebanyakkan cina nampak peluang yg ada dan diorg amik peluang tu tnpa berkongsi dgn mana2 pihak. Beza sgt dgn org melayu. Huhuhu....
Kehidupan skg dah makin susah, dah makin payah, nak cari keje pun dah susah klu stakat pointer mcm aku. Jadi kena ada backup support spt sijil professional menandakan kita cekap dlm bidang yg kita amik. Even minyak pun dah naik skg, maka brg2 lain pun akan naik harga sbb kadar graf barang2 keperluan lain bergantung kepada harga minyak.
Itu je lah aku nak cite. Berdasarkan tajuk, bg aku memang nak wat retest tu mmg agak tipis la sbb mahal sgt. Kalau wat retest pun blm tentu lulus. Kalau failed lagi, mmg rugi duit tu. Huhuhu...Byk kot rm1800... Jadi, gagal sekali maknanya gagal selama2nya (dlm kes aku)..Akhir kata, sayonara dan wasalam...

Friday, December 10, 2010

nafsu atau keperluan??

Assalamualaikum..

aku nak bertanya ni..apakah makanan yg mengenyangkan,tp xmenggemukkan?? 

pnh 1 ketika, nafsu makan aku membuak-buak sehinggakan sehari aku makan 3 biji beger, sepinggan nasi berlauk kan ayam goreng restoran hakim dan roti canai 2 banjir. suma tu aku makan dlm sehari je. bg aku, tu dah kira byk dan menggemukkan. aku pun xtau cmne nak menahan nafsu makan ni. kdg2 ok je kalau xmakan nasi sehari dua. kdg2, nasi nak kena makan 2 3 pinggan baru knyg. apekah yg dimaksudkan dgn kenyang? smpai ke sendawa kah itu yg dikatakan kenyang? kalau xsendawa, kira xknyg lg ek??

aku akui, aku ade mslah berat badan. aku skg dlm usaha utk menurunkan berat bdan. org kata aku gemuk, aku mengiyakan je la sebab memang aku gemuk pn. tp nak wat cmne. klu xmakan, aku resah dan gelisah. pas makan mula la menyesal. baka kata pepatah, terlajak perahu bole di undur, terlajak makan lu pikirlah sendiri..huhu

aku ade terbaca kat internet, tips2 diet yg seimbang. mmg berlainan dgn apa yg aku buat selama ni. sbg cth, menu diet seimbang yg selalu aku baca adalah seperti berikut;
1)pagi makan roti dan susu
2)tengah hari makan nasi sepinggan + lauk pauk yg sederhana yg kaya dgn protein (cth: ikan, ayam, telur dsb)
3)ptg makan buah-buahan
4)malam makan nasi 1/2 pinggan + lauk pauk yg berprotein tinggi

nampak macam berguna je menu macam ni. tapi aku tetap xmampu nak buat. huhu..kdg2 masa makan aku xmenentu. kdg2 makan tgh hari aku lajak ke ptg, sbb nak cover utk malam gak (kes xde duit la ni). kdg2 aku bedal nasi lemak pagi2. tu pn xknyg smpai tgh malam aku kne g cari beger lak nak alas perut. jadi cmne nak buat diet seimbang klu dah mcm gini aku makan. huhu.

pada pandangan aku, apa yg penting utk amalkan pemakanan yg sihat ni adalah nekad kita serta jadikan ianya rutin harian kita. semangat utk melakukannya. dan mestilah constant. xbole skip makan or terlebih makan. nampak senang, tp percayalah, agak susah gak nak maintain makan cenggini.

lagi 1, kite kne tau ape bnda yg dinamakan protein, karbohidrat, lemak dsb. sbb bnda2 ni lah yg mempengaruhi metabolisme dlm bnda kita. dgn mengawal kandungan2 zat tersebut dlm pemakanan kita, maka kita bole mengurangkan berat badan tanpa perlu berdiet teruk2. cth mcm aku amik drpd info yg di bg oleh Dr Nordin Darus, dlm blog ini --> http://anizyn.blogspot.com/2008/01/zat-seimbang-langkah-awal-proses-diet.html,


"Karbohidrat embekalkan sekurang-kurangnya 60 peratus sumber tenaga harian, di samping membekalkan badan dengan tenaga diperlukan. Karbohidrat juga perlu untuk membolehkan otak berfungsi sewajarnya, bagi membantu badan mengawal pemecahan protein dan melindungi badan daripada toksin. Karbohidrat adalah gula dan kanji yang didapati dalam keluaran biji-bijian, seperti bijirin, roti, nasi dan pasta, dalam buah-buahan dan dalam sayur-sayuran.

Karbohidrat kompleks (yang juga dikenali sebagai gula tidak bertapis) adalah zat terbaik untuk membantu ahli sukan mencapai prestasi terbaiknya. Karbohidrat kompleks mudah didapati, mudah dimetabolismekan, murah, sedap rasanya, memuaskan dan satu-satunya kumpulan makanan yang dapat membakar secara anaerobik. Disebabkan karbohidrat kompleks mengambil masa lebih lama untuk dihadamkan berbanding karbohidrat ringkas, mereka lebih berkesan menjauhkan rasa lapar.

Karbohidrat kompleks tinggi sudah lama menjadi bahagian penting dalam sajian orang Asia dalam bentuk nasi, mi, ubi, tanaman berakar, kentang, roti, buah-buahan segar dan jus, serta sayur-sayuran. Hari ini, sajian jenis itu kian lazim diamalkan di seluruh dunia dengan adanya pengiktirafan manfaatnya. "

berdasarkan petikan diatas, karbohidrat amat penting utk kita. jadi, pendiet2 di luar sana yg xmakan nasi tu, kne la start makan. bkn xbole makan nasi, tp berserdehana. asalkan xlapo. nnt jadi mcm aku susah lak, merungut je nak makan. org lain pun xtahan dgr. tp klu korg berjaya menahan kelaparan, baguslah. cpt skit turun berat badan. tp xbape nak sihat la.

dan ada jugak tips diet ni org kira melalui kalori yg diperlukan. kalori tu dpt di kira dlm setiap makanan kita, jadi kita bole mengambil kalori yg terkawal dlm diet kita. siap ada rumus kot nak kira kalori ni. huhu..cth aku amik drpd link ni -->http://formmit.org/health-and-current-issues/122-diet-seimbang.html. dlm link ni ade la cite psl cmne nak kira kalori, komposisi makanan seimbang yg ptut di amik oleh setiap org dan sbgnya.

tp seberapa ramai yg sedar dan mengamalkan pemakanan yg sihat ni? kita selalu mengejar masa, bekerja, belajar sampai lupa nak makan. tp bila lapar, mula la cari makan. tp time tu dah tgh malam. nak xnk, kne makan sebab lapar kan. xmakan kang gastrik lak (taktik ponteng pose dlm bln ramadhan). itu bg yg bujang la. yg xbujang tu ada org masakkan. bahagianya...

even dlm islam pun ade cara pemakanan dan diet yg seimbang. dah tertulis dlm kitab Al-Quran ttg cara2 pemakanan yg sihat. cth mcm ni;

"Firman Allah bermaksud: “Makanlah dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” (Surah Al-A’raf: 31) dan “Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan dan syaitan itu kufur dengan Tuhannya.” (Surah Al-Israk: 27)"

terang-terangan dah tertulis. makan jgn berlebihan. bak kata org, berhenti lah sebelum kenyang. dan yg penting, kita gak kena memilih makanan dan kuantiti yg betul. jgn main redah je macam aku, makan selagi boleh. huhu..

pape pun, terpulang lah pada individu tersebut utk buat diet seimbang ni. masing2 ade cara masing2. bg org yg makan xpenah gemuk2, korg mmg best dpt badan mcm tu. <--jeles ni..huhuhu..mmg korg beruntung dpt bdan camtu. aku je xlayak dpt bdan cmtu. jadi aku kne berusaha utk mendapatkan badan yg tegap. kne byk senam dan kurgkan makan. mmg aku tgh berusaha pun. :(

sekian info yg aku dpt kongsi dgn korg. ade pape salah, comment la ye. takut aku merepek je lebih, info xbyk mana pun. akhir kata, wasalam..

reference:
http://kelabdiet.com/viewtopic.php?t=90
http://anizyn.blogspot.com/2008/01/zat-seimbang-langkah-awal-proses-diet.html
http://formmit.org/health-and-current-issues/122-diet-seimbang.html
http://albakriah.wordpress.com/2009/12/29/pemakanan-seimbang-sihat-ikut-sunnah-rasulullah/

Tuesday, December 7, 2010

NaSi LeMaK JaLaN TeMpLeR..

Assalamualaikum....selamat pagi. di kesempatan ini, gua cuma nak bgtau yg gua telah pegi makan nasi lemak di kdai mamak kat jalan templar tmpt artis2 selalu lepak. sblm ni pn gua dah pegi, tp kali ni gua pegi, gua sempat sebat 3bungkus nasi lemak. Mantap gua ckp lu. mmg terbaik la nasi dia. tambah lak dgn otak2 50sen dia. pergh, sungguh menambat hati gua yg rock ni.

gua pegi pun atas desakan atas kawan gua. kalau x, susah gak nk kuar duit minyak pegi sana. jauh dan berliku. papepun, terjadi suatu kejadian yg waktu tu gua rasa gua xsedar. bila dah abis makan, gua kena lah bayar (mana ade org makan xbayar kan??? kecuali kdai bapak dia...) yg membingungkan gua, gua dah sebut nasi lemak 3 dan teh o panas 1. FYI, nasi lemak dia harga rm1.20. so, kalau ikut logik, gua kena bayar rm3.60 utk nasi lemak, dan rm1.00 utk teh o panas. gua pk cmtu la. so total up makan gua malam tu sepatutnya rm4.60.

dgn selamba badak, gua pn bg la duit kertas rm5.00 kat mamak tu. sebenarnya gua pn xtnya la pulak mula2 bape harga nasi lemak tu. lu org pk, bape gua ptut dpt belen duit gua?? rm0.40 kan?? tp tak. gua dpt rm1.60..bermakna di sini, gua sudah untung rm1.20..seolah-olah gua xbayar teh o panas td.

sebab apa gua xtegur mamak tu yg dia dah buat salah?? sbb gua xtau harga nasi tu. dan lg satu, gua tgh berkhayal, xigt pape pn.yg gua tau, pas makan gua kne bayar. pas byar, gua kne amik belen. pas amik belen, gua chow. tu je gua pk. so, smpai je ke kereta, gua dah pandu jauh skit dari kedai tu, baru gua perasan. nape gua dpt lebih lak belen ni. gua tnya member gua, rupenya mamak tu yg salah kira. Jadi, kesimpulannya gua untung la malam tu. dpt minum teh o panas free. hehe...

terima kasih la pada kdai tersebut. dah la dpt makan kenyang, minum lak org "belanja". hehehehe..Terima kasih sekali lg. Akhir sekali, gua da ngantuk, gua nak tido. jadi pada semua, selamat malam dan hidup mestilah rock selamba. WASALAM...

Thursday, December 2, 2010

SAP ERP

Assalamualaikum semua..


Kembali lagi aku di sini adalah utk menceritakan kesusahan aku menghadiri kelas SAP ERP iaitu kursus yg ditawarkan pada 3P program. Course ni mmg susah sgt, kebanyakkan syllabus dia berkaitan dgn management dan accounting. Aku yg berasaskan networking ni terkebil2 dgn syllabus yg aku terima tu. huhuhuhu


Pada 22hb Nov 2010, aku telah menghadiri kelas SAP Entreprise Resource Planning (ERP). Basically course ni berkaitan dgn business process utk sesebuah company. Bermakna segala process dan transaction yg berlaku dlm sebuah company itu di rekodkan dlm sebuah sistem dinamakan mySAP ERP. Apa yg aku belajar sepnjg course ini adalah utk menguruskan business process, melakukan pengurusan keluar masuk wang, dan sebagainya. Sememangnya course ini lari drpd apa yg kitorg expect. Walaubagaimanapun, bnda dah amik, xkn nak berhenti lak. Terpaksa la aku teruskan jua perjuangan ku yg entah kemana ni..huhu.

Sekarang aku masih lg dlm proses pembelajaran. So, hopefully aku kne study rajin2 utk dptkan sijil ni...

Syukran...