Friday, December 10, 2010

nafsu atau keperluan??

Assalamualaikum..

aku nak bertanya ni..apakah makanan yg mengenyangkan,tp xmenggemukkan?? 

pnh 1 ketika, nafsu makan aku membuak-buak sehinggakan sehari aku makan 3 biji beger, sepinggan nasi berlauk kan ayam goreng restoran hakim dan roti canai 2 banjir. suma tu aku makan dlm sehari je. bg aku, tu dah kira byk dan menggemukkan. aku pun xtau cmne nak menahan nafsu makan ni. kdg2 ok je kalau xmakan nasi sehari dua. kdg2, nasi nak kena makan 2 3 pinggan baru knyg. apekah yg dimaksudkan dgn kenyang? smpai ke sendawa kah itu yg dikatakan kenyang? kalau xsendawa, kira xknyg lg ek??

aku akui, aku ade mslah berat badan. aku skg dlm usaha utk menurunkan berat bdan. org kata aku gemuk, aku mengiyakan je la sebab memang aku gemuk pn. tp nak wat cmne. klu xmakan, aku resah dan gelisah. pas makan mula la menyesal. baka kata pepatah, terlajak perahu bole di undur, terlajak makan lu pikirlah sendiri..huhu

aku ade terbaca kat internet, tips2 diet yg seimbang. mmg berlainan dgn apa yg aku buat selama ni. sbg cth, menu diet seimbang yg selalu aku baca adalah seperti berikut;
1)pagi makan roti dan susu
2)tengah hari makan nasi sepinggan + lauk pauk yg sederhana yg kaya dgn protein (cth: ikan, ayam, telur dsb)
3)ptg makan buah-buahan
4)malam makan nasi 1/2 pinggan + lauk pauk yg berprotein tinggi

nampak macam berguna je menu macam ni. tapi aku tetap xmampu nak buat. huhu..kdg2 masa makan aku xmenentu. kdg2 makan tgh hari aku lajak ke ptg, sbb nak cover utk malam gak (kes xde duit la ni). kdg2 aku bedal nasi lemak pagi2. tu pn xknyg smpai tgh malam aku kne g cari beger lak nak alas perut. jadi cmne nak buat diet seimbang klu dah mcm gini aku makan. huhu.

pada pandangan aku, apa yg penting utk amalkan pemakanan yg sihat ni adalah nekad kita serta jadikan ianya rutin harian kita. semangat utk melakukannya. dan mestilah constant. xbole skip makan or terlebih makan. nampak senang, tp percayalah, agak susah gak nak maintain makan cenggini.

lagi 1, kite kne tau ape bnda yg dinamakan protein, karbohidrat, lemak dsb. sbb bnda2 ni lah yg mempengaruhi metabolisme dlm bnda kita. dgn mengawal kandungan2 zat tersebut dlm pemakanan kita, maka kita bole mengurangkan berat badan tanpa perlu berdiet teruk2. cth mcm aku amik drpd info yg di bg oleh Dr Nordin Darus, dlm blog ini --> http://anizyn.blogspot.com/2008/01/zat-seimbang-langkah-awal-proses-diet.html,


"Karbohidrat embekalkan sekurang-kurangnya 60 peratus sumber tenaga harian, di samping membekalkan badan dengan tenaga diperlukan. Karbohidrat juga perlu untuk membolehkan otak berfungsi sewajarnya, bagi membantu badan mengawal pemecahan protein dan melindungi badan daripada toksin. Karbohidrat adalah gula dan kanji yang didapati dalam keluaran biji-bijian, seperti bijirin, roti, nasi dan pasta, dalam buah-buahan dan dalam sayur-sayuran.

Karbohidrat kompleks (yang juga dikenali sebagai gula tidak bertapis) adalah zat terbaik untuk membantu ahli sukan mencapai prestasi terbaiknya. Karbohidrat kompleks mudah didapati, mudah dimetabolismekan, murah, sedap rasanya, memuaskan dan satu-satunya kumpulan makanan yang dapat membakar secara anaerobik. Disebabkan karbohidrat kompleks mengambil masa lebih lama untuk dihadamkan berbanding karbohidrat ringkas, mereka lebih berkesan menjauhkan rasa lapar.

Karbohidrat kompleks tinggi sudah lama menjadi bahagian penting dalam sajian orang Asia dalam bentuk nasi, mi, ubi, tanaman berakar, kentang, roti, buah-buahan segar dan jus, serta sayur-sayuran. Hari ini, sajian jenis itu kian lazim diamalkan di seluruh dunia dengan adanya pengiktirafan manfaatnya. "

berdasarkan petikan diatas, karbohidrat amat penting utk kita. jadi, pendiet2 di luar sana yg xmakan nasi tu, kne la start makan. bkn xbole makan nasi, tp berserdehana. asalkan xlapo. nnt jadi mcm aku susah lak, merungut je nak makan. org lain pun xtahan dgr. tp klu korg berjaya menahan kelaparan, baguslah. cpt skit turun berat badan. tp xbape nak sihat la.

dan ada jugak tips diet ni org kira melalui kalori yg diperlukan. kalori tu dpt di kira dlm setiap makanan kita, jadi kita bole mengambil kalori yg terkawal dlm diet kita. siap ada rumus kot nak kira kalori ni. huhu..cth aku amik drpd link ni -->http://formmit.org/health-and-current-issues/122-diet-seimbang.html. dlm link ni ade la cite psl cmne nak kira kalori, komposisi makanan seimbang yg ptut di amik oleh setiap org dan sbgnya.

tp seberapa ramai yg sedar dan mengamalkan pemakanan yg sihat ni? kita selalu mengejar masa, bekerja, belajar sampai lupa nak makan. tp bila lapar, mula la cari makan. tp time tu dah tgh malam. nak xnk, kne makan sebab lapar kan. xmakan kang gastrik lak (taktik ponteng pose dlm bln ramadhan). itu bg yg bujang la. yg xbujang tu ada org masakkan. bahagianya...

even dlm islam pun ade cara pemakanan dan diet yg seimbang. dah tertulis dlm kitab Al-Quran ttg cara2 pemakanan yg sihat. cth mcm ni;

"Firman Allah bermaksud: “Makanlah dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” (Surah Al-A’raf: 31) dan “Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan dan syaitan itu kufur dengan Tuhannya.” (Surah Al-Israk: 27)"

terang-terangan dah tertulis. makan jgn berlebihan. bak kata org, berhenti lah sebelum kenyang. dan yg penting, kita gak kena memilih makanan dan kuantiti yg betul. jgn main redah je macam aku, makan selagi boleh. huhu..

pape pun, terpulang lah pada individu tersebut utk buat diet seimbang ni. masing2 ade cara masing2. bg org yg makan xpenah gemuk2, korg mmg best dpt badan mcm tu. <--jeles ni..huhuhu..mmg korg beruntung dpt bdan camtu. aku je xlayak dpt bdan cmtu. jadi aku kne berusaha utk mendapatkan badan yg tegap. kne byk senam dan kurgkan makan. mmg aku tgh berusaha pun. :(

sekian info yg aku dpt kongsi dgn korg. ade pape salah, comment la ye. takut aku merepek je lebih, info xbyk mana pun. akhir kata, wasalam..

reference:
http://kelabdiet.com/viewtopic.php?t=90
http://anizyn.blogspot.com/2008/01/zat-seimbang-langkah-awal-proses-diet.html
http://formmit.org/health-and-current-issues/122-diet-seimbang.html
http://albakriah.wordpress.com/2009/12/29/pemakanan-seimbang-sihat-ikut-sunnah-rasulullah/

0 ComMEnT:

Post a Comment