Assalamualaikum semua..
Semalam (Jumaat 17/12/2010) adalah hari yg terpenting utk aku dan rakan2. Peperiksaan yg aku study bagai nak rak, tp aku telah menghampakan instructor kami dgn mendapat gagal dgn cemerlang. Sungguh sedih mengenangkan peperiksaan tu.
Seperti yg aku war2 kan sebelum ni, aku amik kursus SAP - ERP dlm 3p program. Kursus ni adalah kursus utk sijil professional yg bole membantu karier kita dlm alam pekerjaan. Dan bg aku, mmg sijil ni berguna sgt2 sehinggakan aku bersemangat utk study dgn tekun dan rajin. Walaubagaimanapun, serajin mana pun aku, aku xmampu nak lulus even dgn kelebihan 1 point. Huhuhu....
Terima kasih aku ucapkan kepada instructor kami yg bernama Cheng Pok Low, kerana bertungkus lumus mengajar kami dan memberi tips yg berguna dlm kehidupan kami. Kami akui sekarang yg kursus SAP ni mmg susah dan peratus utk lulus adalah sgt rendah. Terima kasih gak pada UiTM yg menaja perbelanjaan kursus kami yg mahal berbanding kursus2 lain. Mungkin salah aku gak sbb baca buku last minit. Sudah di pesan baca awal2, tapi aku buat main2. Padan muka aku...
Pada mula2 aku dgr kursus SAP ni, aku pelik gak la sbb utk nak amik kursus ni, kne ade RM38,000. Pergh!!! Apehal lak kursus ni mahal sgt. Setelah aku lalui suka duka dlm kursus ni baru aku tau pasal pe mahal sgt. Memang susah dan payah. Huhuhu...Ada sebab kursus ni mahal rupanya...Tapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Even nak amik retest dia pun kena bayar RM1800. Lepas makan aku selama 4 bulan kot..
Basically, SAP -ERP ni berkaitan business process dlm sesuatu perniagaan. Dan system SAP ni telah cover semua business process tersebut dan dilengkapi sekali dgn proses reporting. Jadi amat berguna lah klu nak pakai dlm perniagaan kita. Dan yg buat aku terkilan sgt2, SAP system ni digunapakai di seluruh dunia (worldwide). Maknanya satu dunia memerlukan seseorang yg berkemahiran dlm SAP system ni. Jadi nak cari keje senang la, oversea pn bole pegi.
Daripada starting kita request barang, sampai lah ke invois dan proses pembayaran, dan semua proses jual beli antara customer, semua ada dlm SAP system ni. Praktikal nya, user hnya gunakan sistem ni berdasarkan business policy diorg. Kelebihan nya, memudahkan kerja user dan business' user dpt berjalan dgn lancar. Kelebihan lain, user dpt access SAP system ni secara online kerana SAP system provide WEB APPLICATION SERVER. Dan segala pengiraan utk mengira profit, work time worker, stock dan lain2 dilakukan oleh SAP system ni automatically. Jadi user xperlu kira sendiri atau record sendiri transaction yg berlaku dlm business activites diorg. (Korg phm ke ape yg aku tulis ni?? Maaf klu xphm, aku ikut pemahaman aku je...)
Kesimpulannya, SAP system ni teramat penting. Dan sebab itu lah, aku amik kursus ni. Huhu..Bak kata org, jgn dikenang benda yg lepas. Rezeki xde, kite kena tabah dan sabar. Pada sesiapa yg dpt buat kursus ni secara tanpa perlu membayar sesen pun, korg buat la btol2, jgn main2. This is the future and the opportunities yg patut di ambil. Grab the chances.
Aku bukan setakat belajar SAP je, aku belajar gak pasal kehidupan. Apa yg aku nampak, perbezaan antara seorang cina dan seorang melayu. Maaf aku ckp awal2, kebanyakkan melayu sebenarnya begitu selesa dgn kehidupan hari ni, sehinggakan kita terlupa yg mana satu penting dan yg mana satu yg xpenting. Sedangkan kebanyakkan cina nampak peluang yg ada dan diorg amik peluang tu tnpa berkongsi dgn mana2 pihak. Beza sgt dgn org melayu. Huhuhu....
Kehidupan skg dah makin susah, dah makin payah, nak cari keje pun dah susah klu stakat pointer mcm aku. Jadi kena ada backup support spt sijil professional menandakan kita cekap dlm bidang yg kita amik. Even minyak pun dah naik skg, maka brg2 lain pun akan naik harga sbb kadar graf barang2 keperluan lain bergantung kepada harga minyak.
Itu je lah aku nak cite. Berdasarkan tajuk, bg aku memang nak wat retest tu mmg agak tipis la sbb mahal sgt. Kalau wat retest pun blm tentu lulus. Kalau failed lagi, mmg rugi duit tu. Huhuhu...Byk kot rm1800... Jadi, gagal sekali maknanya gagal selama2nya (dlm kes aku)..Akhir kata, sayonara dan wasalam...

0 ComMEnT:
Post a Comment