Monday, October 11, 2010

Pulih..

Setelah dua minggu aku mengalami kesakitan akibat demam dan rasa loya, akhirnya aku telah sembuh sepenuhnya dan mampu menjalani kehidupan sbg seorg student semula. Aku akui, telah byk pelajaran yg telah aku tertinggal selama dua minggu gara-gara demam tersebut. Namun aku tak boleh 100% menyalahkan penyakit tersebut sbb malang kan x berbau. huhu..

Pada anggapan aku, demam yg lama tu maybe kerana aku menghidap penyakit yg serius spt denggi atau seumpamanya. Tapi Alhamdulillah, bila aku pegi check kat hospital, xde penyakit berbahaya tu dlm darah aku. Nasib baik la..

Pada permulaan kejadian, aku demam biasa. Badan jadi panas tp aku sejuk sgt. Pening-pening dan sbgnya. Seminggu gak la aku demam cmtu. Seminggu lepas tu, aku jadi loya, rasa nak muntah dan pening. Badan aku lak rasa lemah, sehinggakan aku xboleh tido. Bila aku check kat internet, itu adalah simptom-simptom utk kena penyakit DENGGI!

Berderau darah aku bila aku tgk yg simptom-simptom tu ada pada aku. Terus aku pegi check kat hospital. Cuma aku nak complaint pasal hospital tu. Hospital tu kat Klang. Mmg ramai org yg pegi kat situ sbb shah alam pn xde hospital, shah alam juz ade pusat kesihatan je. Tapi service kat situ mcm teruk je. Aku pham yg org ramai. Tapi aku xle tima bila kena tggu situ smpai pagi. Bayangkan, aku pegi hospital tu pukul 9pm. Aku sampai kat umah pukul 6am juz utk tggu result darah aku. Adoiyai. Pukul 9pm aku sampai, tggu amik giliran. Pastu pukul 12 baru dpt jumpa doktor. Pastu doktor ckp kat aku check darah sbb dia khuatir aku ada penyakit berbahaya memandangkan sel darah merah aku pekat sgt. Dan tujuan aku pun mmg nak check darah, sbb nak tau samada aku kena denggi ke x. So, acceptable la bila doktor tu nmpk mcm pakar je. Dan dia bgtau aku yg check darah bole dpt result kejap je. Dalam 2jam camtu. So, aku pn tggu la. Tggu punya tggu, 5jam baru aku dpt result. Pergh..Hangin aku satu badan. Sakit trus jadi sihat sbb marah kat hospital tu punya psl. Huhu...

Last2 dah dpt result, dia bg ubat paracetamol biasa je. Mcm xmembantu je hospital Klang tu. Pape pun, aku continue makan antibiotik yg aku dpt waktu aku demam aritu. Dan pas aku pegi hospital tu (ahad malam tu, terpaksa aku ponteng kelas isnin tu.sakit..huhu) aku terpaksa duk di tilam aku sbb aku masih lagi sakit, xbermaya, nak muntah2. After 1 week, aku dah mula rasa ok. Xde dah rasa nak muntah or pening2 lg. Tapi mmg aku terpaksa abaikan study selama 2 mggu. Dan efek dia dpt aku rsa sekarang, di mana aku kena menelaah dgn lebih tekun dari biasa. HUHUHU.....

Pada sesiapa yg terkena demam mcm aku, tolonglah pegi hospital. Walaupun service yg korg akan dpt teruk, tp at least dpt tau penyakit apa yg kita dpt. So, bak kata pepatah, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Huhuhu...

Thanks to the Hospital kat Klang tu, aku pun dah lupa nama hospital tu. Even aku complaint byk, tp dari situ aku dpt tau penyakit aku. Thank God for curing me. I really relief. Phew...

Akhir kata, Hidup hanya sekali. Jangan sia2kan hidup anda. Alami lah hidup yg extravaganza agar kita tak rugi even sedetik pun masa hidup kita. Wasalam...

0 ComMEnT:

Post a Comment