Thursday, July 15, 2010

Nyamuk ade gigi???

Kehidupan di rumah sewa yg baru memang xbest. Bukan la aku nak komplain apa2. Cuma benda2 kecil je buat aku xselesa duk situ.

Nak dijadikan cerita, setelah kontrak dua tahun di rumah sewa di seksyen 7 tamat, kami terpaksa mencari rumah sewa baru. Alhamdulillah, last minute dpt rumah di seksyen 7 gak, cuma di depan taman rumah lama. Advantange nya ialah rumah tersebut berdekatan dgn kedai2 dan stesen minyak shell. Lebih2 lagi, jarak dari rumah ke uitm agak dekat. Itu yg menarik perhatian kami sehingga bersetuju utk menerima dgn hati yg terbuka.

Walaubagaimanapun, aku agak tidak selesa dgn rumah terbabit. Pertama sekali yg aku xpuas hati adalah keberadaan NYAMUK di dalam rumah tu. Aku pun heran, kenapa setiap kali aku je yg kene ketip (ditikam nyamuk, nyamuk gigit ke?). Tu yg aku xpuas ati tu. Kenapa setiap kali aku je yg kena. Punya la ramai makhluk dlm rumah tu, kenapa aku je yg terlibat.

Aku xpuas hati, jadi aku tanya pada kawan2 aku. Diorg kena ke x. Diorg ckp xde pun nyamuk. PERGH!! Aku xpuas hati btol. Asal nyamuk suke tikam aku? Aku tau aku gemuk, tp xyah la cari aku. Pegi la cari gajah dlm hutan tu. DAMN!!

Pada suatu hari, aku duduk di ruang tamu bersantai setelah aku menyampah dgn nyamuk2 di bilik aku. Pada waktu tu, aku sedang menyusun puzzle (nanti aku ceritakan ttg puzzle tu). Terasa kedinginan malam dengan kipas yg laju bak enjin jet turbo. Setelah lama aku perhatikan, tiada nyamuk kelihatan di situ. Jadi aku buat keputusan utk tidur saje di luar. PROBLEM SOLVE setakat ni. HEHEHE...

Aku bukan nya apa, berita byk dah keluar pasal kes denggi. Aku takut aku menjadi salah seorg mangsa yg terlibat. Lagipun, tempat tu mmg popular dgn kes2 denggi yg berleluasa. Jadi aku xnk la benda tu berlaku memandangkan aku masih belajar dan perlu menghabiskan pembelajaran aku utk mendpt degree in networking. Huhu..

Pada budak2 rumah aku, klu aku terlentang tido di ruang tamu tu, paham2 la yer..Aku mintak maaf la klu keberadaan aku di situ akan membuat org lain berasa tidak selesa dan cemuh aku dari belakang. Tapi kira fair la klu korg xkene ketip nyamuk, aku je yg kene.. KAN?? KAN?? KAN?? KAN?? hehehe...

Akhir kata, jauhi la denggi, jgn terjebak dgn penyakit yg berbahaya tu. Assalamualaikum..

0 ComMEnT:

Post a Comment