Saturday, May 29, 2010

Arah Tujuan Ku..

Jam menunjukkan pukul 11.30am. Aku masih lagi berbaring. Di atas katil yg empuk dan best. Agak panas. Lantas aku bangun angkara x tahan panas. Sambil-sambil duduk utk menghilangkan kesengalan di badan, aku cuba membuat aksi akrobatik. Namun aku gagal kerana badan aku terasa sengal yg amat sgt spt selesai membuat push up 100kali.

Selepas itu, aku pn terus menuju ke bilik air. Aku capai tuala dan pisau cukur, terus aku masuk ke bilik air. Aku tanggal ba......ehem ehem...xkn ni nk cite kot.............

Selesai mandi, aku bersolek. Aku lihat cermin, tertera wajah ku yg tampan bak Salman Khan. Pergh.. Aku belek2 muka ku, pergh.."Hensem gampang" terpacul di mulut ku. Mgkin aku tidak sedar yg kata2 itu sebenar nya datang daripada kawan aku yg suke berperasan..

Selesai memakai baju dan bersolek, aku pun bersiap sedia utk keluar rumah. Aku ambil kunci kereta. Aku ambil kunci rumah. Aku seluk poket, "Alamak,mana aku letak dompet aku?" tanya hati kecil ku. Masalah betul, time-time cmni aku lupa aku letak dompet kat mana. adoiyai..

Hampir seluruh rumah aku geledah, bagai seorg polis mencari bahan bukti. Suspek, dompet yg menghilangkan diri setelah melakukan beberapa kesalahan seperti mengsonglap duit dlm dompet tu. Lokasi, di atas setiap meja yg ade dlm rumah tu. Lebih kurang 10 meja. Akhirnya, aku temui dompet ku jua. Aku sangka kan dompet aku di atas meja, rupa-rupanya di bawah meja. ADEH! *dusyum*

Lantas aku pun berlalu pergi menuju ke kereta. Aku lihat kereta aku telah ditembak! huhu, apa dosa aku pada korg ha....dgn di penuhi tahi burung di atas bumbung kereta aku, aku pun memanaskan enjin kereta ku yang menyerupai enjin evo 3 yg telah siap di modified utk perlumbaan drag di litar sepang. Garau sungguh bunyi kereta ni. Walaubagaimanapun, aku tidak mengendahkan nya kerana apa yg lebih penting sekarang adalah tujuan aku keluar pada hari ini.

Aku pun memulakan perjalanan dengan bacaan bismillahirrahmanirrahim. Moga2, perjalanan ku ini akan diberkati yg Maha Esa. Masuk gear 1, kereta bergerak. Perlahan. Semakin lama semakin laju. Keluar simpang dari taman aku, kereta aku terus memecut laju meninggalkan pemandu2 yg lain. Dalam fikiran aku hanya ada satu matlamat sahaja. Berbekalkan matlamat tersebut, aku mempercepatkan lagi kereta ku. Sampai di pekan PORT DICKSON, aku lihat ramai kereta dan banyak org. Aku tertanya-tanya dalam hati kecil ku, hari ni hari apa. Owh, padan la ramai org hari ini. Rupa-rupanya hari sabtu.

Tanpa menghiraukan kereta dan org yg lalu lalang disitu, aku terus memandu kereta ku ke sebuah tempat bersebelahan dengan Agro bank. Ya. Itu lah tujuan ku. Aku pun menuju ke situ, ke sebuah kedai bersebelahan dgn bank tersebut. Kedai itu tertulis "KEDAI HAIWAN". Tujuan aku ke situ adalah utk membeli makanan kucing yg telah kehabisan stok di rumah. Dah 3 bln kucing-kucing tu x makan. Jadi, aku diperintahkan oleh mem besar utk membeli stok makanan kucing sebanyak 3 tahun berturut-turut tanpa ada kesangsian.

Tugas aku sudah selesai. Dgn tangan yg sarat memegang bungkusan makanan kucing tersebut, aku lalu membuka pintu dan meletakkan makanan tersebut di kerusi belakang kereta aku. Aku masuk ke kereta ku semula dan bergerak menuju ke sebuah tempat lagi. Kali ni tujuan ku telah berubah. Misi dan Visi aku telah ku tukar. Dgn tujuan dan niat seikhlas Nur kasih, aku menuju ke sebuah kedai. Kedai yg di beri nama "NASI AYAM RM3". Aku lapar. Bangun tido, mesti la lapar. huhuhuhu.....

Selesai membeli belah di kedai terbabit, aku terus memcut laju kereta ku menyusur jalan-jalan yg berlubang yg JKR malas nak tampal. Apa la, ade peruntukkan, tampal la jalan, bukan tampal perut. huhu..Sampai nya aku dirumah, aku terus membuka kunci mangga di pintu pagar rumah ku. Dengan barang-barang yg sarat di tangan ku, lalu aku membuka pintu rumah. AAAHHHHHH..Sampai gak rumah ku syurga ku..

Perkara pertama yg aku ingin buat setelah sampai di rumah ialah memberi makan pada kucing-kucing ku. Dan yg kedua, memberi makan pada diri ku sendiri. Haha...

Dan akhir sekali, aku membuka komputer di atas meja ini, lalu aku menaip link seperti ini , "blacksagamodified.blogspot.com" dan mula menulis sesuatu di blog terbabit. "Jam menunjukkan pukul 11.30am...."

0 ComMEnT:

Post a Comment