Monday, January 11, 2010

Nak jadi penipu,atau nak kena tipu??

Salam...

sblm start pape,aku nk ckp, "SELAMAT TAHUN BARU" kpd suma yg terlibat..kita amik pengajaran ttg perkara yg lepas, dan cuba perbaiki kesalahan yg telah dilakukan agar kita dpt sama2 menuju kejayaan dan cita2 dgn mudah..

aku cuma nk perkenalkan korg manga bertajuk, "Liar Game". atau dlm melayu nye dipanggil "Permainan Tipu"..cite ni di cipta oleh Kaitani Shinobu. Hasil kerja beliau memperlihatkan betapa unik nya pemikiran seseorg itu sekiranya akal dan otak digunakan sepnuhnya..(itu yg buat aku tertarik dgn cite ni..)

Cite ni melibatkan seorg perempuan yg terlalu jujur, menerima jemputan drpd Liar Game Tournament (LGT), sebuah organisasi yg mengelolakan permainan Liar Game ni, secara tidak sengaja utk menyertai sebuah permainan yg dasarnya menggunakan tipu helah demi utk mendapatkan wang ganjaran yg bertimbun2. Perempuan tersebut di bantu oleh seorg banduan yg mempunyai IQ tinggi utk mendominasikan permainan tersebut. Motif organisasi tersebut menjalankan permainan tersebut masih tidak diketahui. Walaubagaimanapun, kehadiran mereka berdua menyebabkan motif organisasi tersebut semakin di bongkari. Dan atas dasar kemanusiaan, mereka cuba utk menjatuhkan organisasi terbabit dgn mnyertai permainan tersbut kerana pada tanggapan perempuan tersebut perbuatan mengekploitasikan sifat2 manusia sebegini adalah kejam dan tidak berperikemanusiaan. Ini kerana setiap peserta dlm permainan terbabit akan berusaha dgn apa cara sekali pun utk menang dlm permainan tersebut. APA CARA SEKALIPUN termasuk tipu, khianat, tamak dan sebagai nya.

Kemenangan tersebut akan mendapat ganjaran, iaitu peserta dpt keluar drpd game itu. Rata2 peserta yg memasuki permainan tersbut adalah kerana menghadapi masalah kewangan yg tidak dpt dielakkan. Sememangnya, satu2 jalan bg mereka adalah dgn menyertai permainan itu. Tidak ada pilihan lain. Malah, dengan menyertai permainan itu akan memburukkan lg keadaan yg sudah sedia buruk. Jadi, bagaimanakah mereka mengatasi masalah yg mereka hadapi? Bagaimanakah perempuan dan banduan tersebut dpt melaksanakan rancangan mereka utk menjtuhkan organisasi terbabit? Bagaimanakah permainan yg di maksudkan? Sejauh mana tipu helah dan kemahiran yg bakal digunakan oleh setiap peserta di dlm game itu? Semua bakal terjawab sekiranya anda membaca manga ni..hehehe

back to normal speaking--> Sinopsis ni aku bantai je.. BM aku hancur, tp aku cube la sebaik mungkin utk menerangkan keadaan. hehe.. cite ni xabis lg, masih dikeluarkan kat Jepun. aku pn masih mengikuti nye perlahan2. sbb cite ni terlalu complicated bg org2 kurg pndai cam aku(bkn xpndai,bkn bodoh,tp KURANG pndai je..huhu). Yg best nye, cite ni mmbuatkan aku terpikir,sejauh mana otak manusia ni bole memanipulasikan keadaan? sejauh mana otak ni berguna kepada kita? adakah terdpat limit dlm berfikir secara kreatif dan kreatis tnpa mengabaikn tggungjwb kite sbg umat Islam yg sejati? dan ini berkait dng cmne org Islam dpt menandingi kehebatan berfikir org bukan Islam? Jika di ikutkan pada zaman Rasulullah, umat Islam pernah menguasai dunia dan memerintah dunia ni mengikut ajaran2 Allah. Jadi kenapa skg umat Islam seperti seolah2 tenggelam dan xlgsung dpt menandingi kehebatan org2 kafir ni??? Aku hairan dan pelik..hahaha

Anyway, the point is aku cuma taksub bile cite2 cmni. cuma aku bkn seorg yg suke berpikir. (myb sbb aku malas kot..haha).. aku juz suke.. i like it..So, pada sesiapa yg membaca blog aku, bole le try usha manga ni. nmpk kebudak-budakan, tp try korg baca dulu..gerenti korg kne baca satu page tu dlm 30 minit..hahahahaha..Akhir kata, maafkan aku sekiranya terslah taip. dah pukul 2am ni,sok aku ade kelas..haha..gud bye,gud luck,gud dog..eh,sori...hehe..


0 ComMEnT:

Post a Comment