Assalamualaikum dan selamat kembali..
Today's topic tak berapa nak best la. Tentang kegagalan dalam sesuatu perhubungan. Tak kesah la hubungan apa. Kawan-kawan ke, percintaan ke, kekeluargaan ke, teman sepejabat ke. Kita sedia maklum, manusia tak boleh hidup berseorangan. Manusia perlu berkomunikasi antara satu sama lain untuk meneruskan kelangsungan hidup. Dan in berkait rapat dengan perasaan, keadaan mental, dan jiwa seseorang manusia itu.
Jadi apa perkara yg paling penting bila sesebuah perhubungan itu gagal setelah berbagai usaha dilakukan, setelah berbagai pendapat dan cara di ambil? Pada pandangan aku, benda yg paling kita susah nak buat bila jadi macam ni, adalah untuk MENERIMA HAKIKAT! Ya, kita sememangnya sukar menerima hakikat tentang sesuatu perkara. Lumrah manusia. Dan tindakan menerima hakikat ni ada baik dan ada buruknya. Ikut situasi. Dan di sebabkan itu, benda ni adalah subjektif. Tidak tertakluk pada 1 jawapan saja. Mana-mana keputusan pun yg kita buat, semuanya betul. Cuma effektif ke tak.
Masih tak nampak? Ok, kita amik situasi ni. Kekasih hati bertunang dgn orang lain. Situasi nya : 1 pasangan couple ni dah bertahun menjalin percintaan, dan apabila tiba waktu kemuncak, si dia berhasrat untuk mengahwini orang lain atas alasan2 yg tak dapat dielakkan. Contoh alasan :
1. Kita tiada duit untuk menampung kehidupan dia.
2. Si dia tak dapat menerima kita seadanya.
3. Salah faham / pergaduhan yg berpanjangan.
4. Wujud orang ketiga dlm perhubungan.
5. Keluarga tak merestui perhubungan.
6. Dan lain-lain lagi lah yg anda rasa sesuai dgn situasi anda.....
Jadi, kita sedar perhubungan tu tak mampu diteruskan lagi walaupun jauh di sudut hati kita rasa yg ianya mampu bertahan. Di sini lah timbul kata-kata pemberi semangat seperti "Jodoh dan ajal di tangan Tuhan", "Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor", "Kalau dah jodoh, tak kemana" dan sebagainya. Kata-kata ni sebenar adalah untuk mengajar kita erti PENERIMAAN HAKIKAT.
Tetapi setiap orang mempunyai sifat dan perwatakan yg berbeza. Jadi cara mengatasi nya pun berbeza-beza. Banyak pendapat dan cadangan yg aku dengar untuk mengatasi benda-benda macam ni. Salah 1 cara nya, menyibukkan diri dengan kerja-kerja yg berfaedah dan tak berfaedah agar kita dapat melupakan si dia. Dari sini timbul persoalan dalam benak pemikiran aku...
Persoalan yg utama; macam mana yg kita nak lupakan dia dgn kerja-kerja yg kita buat? macam mana yg dikatakan melupakan dia? Ada cara yg lebih baik utk melupakan dia?
Pada pandangan aku, tak semua orang mudah melupakan kejadian buruk tu dgn hanya sekadar menyibukkan diri dgn kerja-kerja. Bukan semudah itu. Walaupun akan ada orang akan kata, "Lupakan lah, walau pedih, kau kena kuatkan diri, tabahkan hati dan teruskan hidup". Bercakap lebih mudah dari mengalaminya kan? Hakikatnya kita sebenarnya tak akan melupakan benda-benda penting yg berlaku dlm hidup kita. Lebih-lebih lagi kalau kejadian tu adalah disebabkan kesalahan kita. Perasaan bersalah dan menyesal akan menular dlm diri dan menyebabkan kita semakin sukar menerima hakikat.
This is where reverse psychology can be use. What is exactly the reverse psychology means? Berdasarkan wikipedia, Reverse Psychology is a technique involving the advocacy of a belief or behaviour that is opposite to the one desired, with the expectation that this approach will encourage the subject of persuasion to do what actually is desired. [taken : http://en.wikipedia.org/wiki/Reverse_psychology] Dalam melayu nya berbunyi begini; psikologi songsang adalah satu teknik melibatkan sokongan terhadap kepercayaan dan tingkah laku yg bertentangan dgn kehendak yg sepatutnya dgn harapan method ni dapat mencapai keputusan yg diingini.
Semakin pening? Ok, kita amik situasi tadi. Kepedihan bercinta ternyata mengugat perasaan dan jiwa seseorang. Jika iman kita tak kuat, iman kita mungkin boleh goyah dan menyesatkan kita dgn lebih jauh. Jadi, persoalan disini; macam mana nak guna reverse psychology dlm situasi sedemikian? Pertamanya, set kan dlm pemikiran kita bahawa perhubungan yg terjalin tu tak akan berjaya. This is the crucial part. Daripada kita berfikir yg perhubungan tu ada peluang untuk diselamatkan, apa kata kita sekat pemikiran tu dari berleluasa. Gunakan alasan yg munasabah dan positive. Contohnya;
1. Si dia tak sesuai utk anda. No use live with someone who can not understand us.
2. There is a someone waiting for you outside. Why bother to wait if you have something much better?
3. Alasan yg lebih bersifat keislaman seperti, "Allah memisahkan hubungan kita dgn si dia sbb Allah nak bagi kita dgn yg lebih baik".
Kalau boleh, elakkan alasan seperti;
4. Nak buat macam mana, jodoh takde dgn si dia.
5. Aku tak layak utk si dia, aku masih lagi ada kekurangan.
6. Dan lain-lain alasan yg difikirkan perlu....
Disini, kita nampak bahawa alasan-alasan di atas kesemuanya munasabah dan boleh digunapakai. Walaubagaimanapun, persoalan nya, effektif ke tak untuk guna alasan seperti point 4 dan 5? Utk point 5, kita sbg khalifah di muka bumi ni diciptakan sesempurna makhluk. Kekurangan yg ada boleh diperbaiki. Bukan dgn cara memutuskan hubungan yg kekurangan kita dapat diatasi. Kan?
The next things to do is to make ourselves as busy as we can. Bila pemikiran kita dah ditetapkan dan diperjelaskan dgn ideologi-ideologi yg munasabah dan praktikal, segala apa yg kita buat selepas tu akan memudahkan kita. Macam gak kita nak mencapai kejayaan dlm perniagaan/pekerjaan. Kalau asyik difikirkan kegagalan, adakah kita mampu berfikir kejayaan di masa depan?
So, how exactly the things we suppose to do in order to get our life go on? This is only a few method that we can do. For example,
1. Do things that we don't normally do.
2. Participate in social relationship frequently. (make a lot of friends)
3. Focus on improving ourselves.
Point no 2 dan 3 tu maybe orang boleh agak cara perlaksanaan dan keputusannya. Tapi point no 1? Simple je. Ada tak kita terfikir benda yg kita tak pernah buat lagi dlm hidup ni? Contohnya buat terjunan bungee jumping, berkayak dari laut cina selatan ke lautan pasifik, membuka perniagaan franchise sendiri. Pernah tak anda terfikir? Kalau ada, buat lah. Cuba keluar dari kehidupan biasa anda dgn melakukan aktiviti yg luar biasa. InsyaAllah atas kehendak-Nya, kita akan dapat menepikan segala memori dgn si dia yg terpahat dlm hati kita. THINK OUT OF A BOX!
Dan yg terakhir adalah keputusannya. Yg ni tak perlu diterangkan la kot. Anda kena rasai nya sendiri. Sebab aku pun tgh duk buat gak ni. Hehe..Yg penting jangan difikirkan keputusannya. Sebab hasilnya bukan ditentukan oleh kita, tapi telah termaktub dalam takdir kita. Allah yg menentukan segalanya. Jadi berserah pada Allah dan berdoa pada Allah yg hasilnya adalah lebih baik daripada yg kita bayangkan.
Kesimpulan dapat dibuat disini, reverse psychology bukan sahaja dapat digunapakai dlm situasi bercinta saja, tapi hampir kesemua situasi dlm kehidupan kita. Dari pembentukkan perwatakan diri kita, perniagaan, persahabatan, perhubungan kekeluargaan, perkerjaan dan lain-lain lagilah. Banyak sangat sampai tak menang tangan nak tulis. Masih tak mampu menerima hakikat? Hantuk kepala kat dinding sekuat hati sebanyak 100 kali. InsyaAllah otak anda mampu berfungsi dgn baik selepas tu. :-)
Nota kaki : Penulis tidak bertanggungjawab di atas segala keputusan dan tindakan yg diambil berdasarkan penulisan penulis. Ini hanyalah sekadar bahan bacaan. Terpulang pada anda utk menilai dan memanfaatkan segala cara dan pendapat yg dikeluarkan penulis.Yg baik datangnya dari Allah SWT, yg buruk datangnya dari penulis sendiri...